Bersedekah itu bukan hanya dengan mengeluarkan wang untuk diberikan kepada orang lain tetapi banyak cara yang dapat dilakukan untuk bersedekah. Memberi nasihat kepada orang lain adalah sedekah. Menulong orang lain dengan tanaga atau fikiran, itu juga sedekah. Bercakap-cakap denganperkataan yang bai terhadap orang lain, itu juga adalah sedekah. Menghilangkan sesuatu yang menganggu di jalan umum, itu juga adalah sedekah. Bertasbih, berzikir, itu juga adalah sedekah. Memberi salam sambil tersenyum ketika bertemu dengan orang, itu juga adalah sedekah, dan banyak lagi perkara-perkara yang dapat dijadikan sedekah. Dengan kata lain banyak cara yang boleh kita lakukan untuk kebaikan. Hal ini dengan jelas ditegas oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:" Sebaik-baik sedekah itu bahawa seorang muslim itu belajar akan sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkan akan saudaranya yang muslim". (HR Ibnu Majah)
Dengan hikmah dan bijaksana, Allah ta'ala telah menciptakan segala kebaikan dan kejahatan. Dengan itu Allah ta'ala menguji siapa di kalangan hambanya yang benar-benar ta'at kepadanya. Dan dengan yang demikian itu, Allah ta'ala menciptakan syurga dan neraka, lalu Allah ta'ala membalas hambanya yang berbuat kebaikan dengan pahala dan syurga dan ia membalas hambanya yang mengerjakan kejahatan dengan siksa dan neraka. Maka barangsiapa menjadikan diri kunci kepada kebaikan, mengajak orang lain berbuat kebaikan, berusaha sekuat tenaga untuk menjadi ketua dalam dalam melaksanakan kebaikan, maka orang itu adalah orang yang paling untung kerana ia akan mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakannya sendiri dan juga akan mendapat pahala seperti semua pahala kebaian orang yang mengikuti jejak langkahnya. Maka kebaikannya sudah tidak dapat dihitung lagi. Sebaliknya orang yang menjadikan dirinya kunci kepada kejahatan, mengajak orang lain membuat kejahatan maka orang ini adalah orang yang paling jahat maka ia akan mendapat dosa dari kejahtan yang dlilakukannya dan juga akan mendapat dosa dari sekian banyak kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang yang mengikutinya di belakang. Hal ini dijelas oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:" Sesungguhnya kebaikan itu laksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. Maka untung sekali bagi seorang hamba yang telah dijadikan oleh Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan". (HR Ibnu Majah )
Berjabat tangan adalah satu di antara lambang kasih sayang sesama muslim. Apabila kita menghulurkan tangan kepada seseorang, itu menunjukkan hati kita bersih terhadapnya. Begitu pula kalau dia sudi menghulurkan tangannya kepada kita, itu juga menunjukkan kebersihan hatinya terhadap kita. Maka apabila berlaku berjabat tangan antara kedua orang muslim, bererti mereka telah mengikhlaskan persahabatan masing-masing. Mereka tidak menaruh sebarang dendam atau permusuhan. Dengan yang demikian Allah akan merestui perbuatan mereka itu dengan mengampuni dosa-dosa mereka terhadap Tuhan mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu keduanya berjabat tangan melainkan diampuni bagi mereka berdua sebelum mereka berpisah" (HR Abu Daud)
Susana dan keadaan hari ini sangat mencabar, sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya, ia terpaksa menghadapi kesusahan dan cabaran yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, kemungkinan besar agama akan terlepas dari genggamannya. Puncanya ialah suasana disekelilingnya tidak membantunya untuk menunaikan kewajipan beragama, malah yang ada di sekelilingnya dan dihadapannya mendurongkannya untuk membuat maksiat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan akidah. Hal inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:" Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggengam bara api." (HR Tirmizi)
Dewasa ini ada manusia yang menilai sesuatu dengan kaca mata kebendaan Makanya ada manusia yang sanggup bercakaran untuk memperolehinya sebanyak mungkin tanpa memperdulikan darimana datangnya sumber tersebut sama ianya haram atau sebaliknya. Yang penting ialah memenuhi kehendak nafsu atau melayani kehendak isteri atau anak-anak. Kedaan inilah yang digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:"Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun dari sumber yang haram". (HR:Nasai)
Daripda Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, " Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw menjawab," Penyakit-penyakit itu ialah:Terlalu banyak seronok. (2) Terlalu mewah (3) Menghimpun harta sebanyak mungkin(4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) Saling memarahi (6) Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (HR:Hakim)
Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya:"Orang yang pemurah itu hampir kepada Allah, hampir kepada syurga, hampir kepada manusia, jauh dari neraka dan orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat kepada nerraka. Orang jahil yang pemurah lebih dikasihi Allah dari ahli ibadat yang bakhil." (HR.Tirmizi)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:" Sesungguhnya kamu tidak dapat merangkumi(mengusai) semua manusia dengan harta kamu, oleh itu rangkumilah(kuasailah) mereka itu dengan akhlak kamu".
Oleh kerana manusia itu berada dalam keadaan yang berbeza-beza, kekuatan dan kemampuan mereka untuk memikul kewajipan juga turut berbeza. Apa yang mampu dipikul oleh seorang tidak mampu dipikul oleh orang lain, begitu juga apa yang sesuai untuk seorang berkemungkinan tidak sesuai untuk orang lain. Oleh keran itu lakukan perkara yang memudahkan, bukan yang menyusahkan. Rasulullah bersabda yang mafhumnya:" Berjalanlah mengikut perjalanan orang yang paling lemah di antara kamu".
Mafhum hadis:" Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar(menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar(menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan".